^ daKwat TeraBur^

assalamualaikum dunia..
chewahh!! acah retis sangat. haha
aku duty malam nih. baru siapkan report SSI (surgical site infection). Jenuh pikiaq ayat. berbelit lidah nak tulis BI. whuu..
alhamdulillah, dah siap pun.
   lepas je cuti panjang hari tu, aku macam dah okay sikit (banyak kot). lupa dan abaikan apa yang tak perlu dan tak penting + buat apa yang aku nak dan boleh buat aku happy. dan paling penting, jadi diri sendiri. biar la nak fikir aku macam budak-budak ke apa, asalkan aku tak kacau hidup orang. seronok pulak, layan kartun, makan, tido, baca segala buku-buku tu, pastu lepak dengan family. ada masa je aku join aktiviti outdoor. tenang otak ha, takda nak fikir benda tak berfaedah.
   last week aku join team DELTA, buat aktiviti kat Lagong. Puas main "wall climbing" dan " flying fox". sampai kejung la tapak tangan. habis terkejut otot-otot aku. haha.. nasib esok tu cuti. puas tido!

Flying fox
ekin dengan cha. 
mula-mula je cha macam nak nangis. dapat je main, bukan main sengih. dapat la repeat 2x

Wall climbing
dorang tengah set up wall baru (the day before)
 
 

thanks to:
alip, cino, kerol, wan batik, a.chal kecik
ekin, wani, fyra, cha

No comments: