^ daKwat TeraBur^

Hai! 
Assalamualaikum :)

Permulaan tahun baru. Bertambah buku amalan didunia ini. Adakah mampu meneruskan 365 hari atau hanya sedetik sahaja dunia akan kelam tanpa suara? kalian lebih mengerti. Namun Dia Maha Mengetahui..

Alhamdulillah.. masih berkesempatan menghidu udara dibumi Allah dan menikmati segala kurniaan-Nya. Sekejap je rasa, dah 28 tahun. makin tua dah rupanya '-'. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh waktu itu. Suka duka kehidupan, ujian dan cabaran, asam garam dunia, banyak yang aku dah lalui. Mungkin tak sama seperti orang lain, tapi ini bahagian yang Allah dah aturkan buat aku. Bila aku toleh semula, ada rasa pedih, kecewa, terluka dan dikhianati. namun semua tu masih disulami rasa bahagia, dihargai dan disayangi. Dan itu yang buat aku terus kuat untuk teruskan langkah kaki ini. Aku bersyukur dengan segala limpah rahmat dan kurnia dari-Mu, dan aku sentiasa yakin dengan kata-kata ini "Allah tidak akan membebanimu melebihi kemampuan dirimu" dan "ujian itu tanda Allah kasih dan cinta padamu". InshaAllah, aku akan terus kuat =P

Aku tak menyalahkan sesiapa atau apa pun atas perkara yang pernah berlaku pada diriku. Semua itu adalah pengajaran agar aku tidak terus leka. Benar, kebahagian itu datangnya dari berbagai cara. Mungkin bukan dari apa yang kau harapkan , tapi ianya adalah aturan terbaik dari-Nya. Dan aku, lebih menyayangi dan menghargai diri ini. Al-fatihah, untuk diri yang alpa dan mengabaikan diri sendiri :(

Mudah-mudahan, ini adalah permulaan yang baik. Aku akan terus berdoa diberi kekuatan untuk segalanya. dan diri, tolong istiqamah terus ya? Kau tau apa yang kau ada, kau tau diri kau, kau sayang diri kau, dan kau mesti bersedia sebelum kau melangkah "pergi". Dunia ini sekadar persinggahan. Ada yang lebih cantik dan mengujakan yang menanti kau. Sabar tau! 

Dan buat kalian,
@ mak abah
@ adik beradik (2 yang menanti di syurga)
@ ahli keluarga
@ saudara seagama
@ kawan, teman dan sahabat

~ aku doakan kalian sentiasa dalam lindungan Allah. Moga ditetapkan iman kita pada-Nya. Moga diberkati Allah didunia dan diakhirat. Amin..

1 comment:

Anonymous said...

Alfatihah buat diri yang lama