“Ya ALLAH, sesungguhnya aku telah menzalimi diri aku sendiri dengan kezaliman yang banyak sekali. Dan tidaklah ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan ENGKAU sahaja. Maka berilah keampunan buatku dari sisiMU akan keampunan. Sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
-__________________________________________________-
Rahmat Allah
perkongsian dari seorang teman, pengisian semasa tazkirah di masjid tadi. terasa betapa kerdilnya diri ini. benar, aku adalah pendosa. terlalu banyak, tanpa aku sedar ataupun tidak. ya, sejak diri mengenali dunia ini, kadang merasakan itu cuma seketika. semua mahu dicuba. penuhi masa kecil dan remaja, segalanya terlihat indah belaka..
hingga satu detik, salah tu macam makanan bagi aku. berulang kali tersungkur, terluka, tapi menyesal sekejap dan ada sahaja salah lagi. menangis, bila dah tiada air mata, makin lama kian lupa. sampai la Allah uji aku, tanpa henti. kehilangan demi kehilangan, sedih, perit, kecewa. bermacam rasa dan luka. lengkap! dosa yang kecil tu la yang lead kepada yang besar. dan itu juga yang aku sering khilaf :(
memang..
hidup hanya sekali. tapi kau lupa? mati pun cuma sekali. sedia dah ke? lupa dengan azab kubur? lupa kau akan kena hisab? sanggup nak tadah api neraka sedangkan luka sikit kau dah berkerut, kena haba sikit dah berpeluh, diuji dah berkeluh-kesah. sampai bila kau nak terus hanyut??
tolonglah, sedar.
cukuplah perkara lama. jangan kau ulang lagi. jangan biar diri kau lemah dan terus hanyut. bangun, jadi lebih kuat. untuk diri kau jugak. belajar, sayangkan diri kau.
"Hijrah" , bukan dari segi luaran sahaja. tapi kena menyeluruh, which is inside out. Sikap, tutur kata, pemikiran, dan paling penting sekali hati dan diri kau.. kuat atau tak? mampu ke nak bertahan dengan segala macam benda yang ada? mampu ke nak didik diri berubah? mampu ke nak lawan segala nafsu? apa kau nak buat bila kau cuba elak dari salah yang sama, tapi kau still gagal? terus, tanpa henti salahkan diri kau. sampai bila nak jadi macamni??
"Istiqamah".. berterusan, jangan putus asa. bila kau rasa down sangat, bila kau asyik ulang salah or buat salah, cuba untuk halang. susah, memang susah. tapi didik diri kau. tiap kali kau rasa "guilty", ganti dengan buat benda yang baik. contohnya, kau sedekah, solat sunat, or anything yang baik-baik. bukan bermaksaud bila salah baru nak buat, tapi kau istiqamah. buat pelan-pelan, sikit-sikit, tapi berterusan. biar nampak macam kau paksa diri kau untuk sesuatu yang baik, tapi sebenarnya, kau sedang didik diri kau sendiri.
Doa..
mintak ampun pada Allah. walau sekecil mana dosa kau, selagi kau bertaubat, pintu syurga sentiasa menunggu. walau apa kau rasa, berdoalah "Ya Allah, hina sungguh hamba-Mu ini. terlalu banyak dosaku pada-Mu. aku lalai , leka, aku hanyut ya Allah, aku lupa tiada yang kekal. betapa aku bodoh dengan segala perasaan , perbuatan, pemikiran aku selama ini. Allahu.. aku tidak layak untuk syurga-Mu, tapi aku tidak mampu menanggung azab api neraka-Mu. Ampunilah aku ya Allah... berikanlah aku kesempatan untuk bertaubat pada-Mu, matikanlah aku dalam husnul khatimah.. amin.."
Allah Maha Mendengar lagi Maha Pengampun. tiada apa pun yang tiada dalam pandangan-Nya walaupun kita cuba sorokkan. jangan pernah putus asa, berdoa dan terus berdoa. moga hati kau lembut untuk berubah. moga jua Dia lorongkan hati kau kearah kebaikan. moga kau diberikan kekuatan dalam perjuangan ini. moga Allah tetapkan iman dihati kau. inshaAllah..
Hugs ",)


No comments:
Post a Comment