Bintang , Coklat, Aiskrim
ini kisah dunia kanak-kanak dan remaja..
1999 - 2002
Darjah 3
~ aku pindah dari ceruk kampung sebab arwah tokwan aku dah takda. sedih gila berpisah dengan tok aku. dah la aku tak tau cakap KL. pekat gila loghat aku sampai bergaduh la. paling aku ingat, aku ligan sorang mamat ni sampai atas pokok sebab dia ejek aku (garang gila aku).
lepastu aku dah sibuk dengan macam-macam aktiviti sekolah. paling aku minat sekali, pertandingan bercerita (semedang join, siap boleh buat macam-macam suara dan gaya tau!). menyanyi dan menari pun aku join, tapi sebab aku "kayu" sikit, so sumbang suara je la + perbahasan , pidato dan sports.
Darjah 4
~ aku mula sertai aktiviti Koko kat sekolah. kawad, team the best kat sekolah "Pengakap". sumpah comel dan aku suka gila baju dia. tapi sedih sebab aku kawad macam robot, hahaha.. nasib baik ada senior-senior yang cukup sabar melayan aku. kalau tak, memang kelaut la > <
Silat yang aku beria sangat nak join, sanggup jalan kaki dari rumah semata nak belajar. pernah aku kena tinggal bas, balik dekat magrib jalan kaki lalu kubur (nak menangis rasa sebab gelap dengan takut hantu). masa dapat white belt, seronok kalah apa. tapi lincah sungguh masa ni. hihi
Darjah 5
~ yey! masa ni dah lepas dah pergi camping and trip luar sekolah. seronok. sibuk dengan kelas " Sempoa" lead by cikgu Normah (baik dan lembut. ibu-ibu sangat). tapi sayang, sebab abah tak bagi aku join dah. aku kena berhenti dari silat dan kelas ni. sebab weekend selalu ada kelas and balik lambat dari training silat. sedihhhhhhhhh :'(
Darjah 6
~ first time aku gi camping kat " Gunung Berlumut, Johor". naik bas ramai-ramai. pastu dapat coklat dari ketua pelajar kitorang (dia member kamceng aku). paling lawak, ada minah ajak "face to face" kat tamet sekolah semata sebab ingat aku rampas pakwe dia (which is ketua pelajar kitorang). padahal member aku kot, apa daaaa.. tapi lepas tu okay dah. aku mana layan. lagipun semua panggil aku " Singa Betina" since aku masuk sekolah ni. tapi yang best, aku ramai kawan.
Masa ni nakal sungguh masing-masing. paling aku tak boleh lupa, subject English with our favourite teacher, Pn Mahes. kena denda saja. minggu bahasa inggeris, semua senyap (takut kena denda) hahaha.. zaman kanak-kanak kan, fikir enjoy je masing-masing. hurm, sapa je yang aku ingat eh? su, izat, sufiah (maaf memori aku memang teruk) , tapi aku ingat setiap moment yang jadi. rindu korang semua. Weekend, sibuk dengan kelas tambahan and aktiviti koko. masa aktiviti pengakap, kitorang kena masak untuk lunch. jenuh la angkur periuk belanga + sudip mak aku. menu pertama aku "ayam goreng kunyit". sedap weyh! Liyana memang teringat la masakan aku. wheee..
Lepas je exam, terus tak jumpa dah. masa ambil result pun aku tak jumpa korang semua. terus balik je sebab abah nak cepat. aku dapat 4A 1C , dan BI aku lulus (unexpected).. alhamdulillah
2003
~ sekolah menengah, sini semua budak-budak pandai. aku slow sikit. so aku masuk kelas 1B1.
tapi ni tahun enjoy. aku kelas dengan Nabilah, twins (Wana&Wani dan Kina&Kira), Apis, Umie. aku ingat lagi aku kejar Apis dengan penyapu sebab dia ejek aku (satu sekolah kau dengan pakai uniform). akibatnya, dua-dua kena hadap Sir (cikgu disiplin). tapi nak kata apa. dah aku Penolong, dia pulak Ketua Kelas. mendapat "Merit" sorang 10. hahah.. tapi lepas tu Apis dah geng dengan aku. masa ni BFF aku is si cantik tapi brutal Hamisatul Zofirah. memang elok la kawan berdua, perangai nakal benor. kuat melantak pun ya.
Exam tengah tahun, aku kena tukar kelas 1A2. sedih dan tak best sebab sekelas dengan budak-budak pandai. dorang tak friendly macam kawan-kawan aku.huhu.. tapi aku still kamceng dengan geng lama jugak.
The saddest part is, i lost my BFF in this year. dia meninggal sebab lemas masa mandi sungai. it was friday, and i'm waiting her as usual to give her favourite popcorn. dah balik sekolah baru aku dapat call yang cakap dia dah takda. and aku tak dapat tengok wajah dia buat kali terakhir dan sampai sekarang pun aku tak jumpa lagi kubur arwah. dear, aku doakan kau tenang kat sana, one day aku akan kesana jugak. kau tunggu aku okay. al-fatihah..
Kem Pengawas Sekolah - aku partner dengan Wani comel. dapat pulak abg angkat handsome. kakak-kakak cun, seronok lahai. memang dimanjakan sungguh.
2004
Dapat BFF baru, Yaya the builder. baru form 1 tapi badan mantop! aku kenal dia ni sebab dari sekolah rendah kitorang naik bas sama and dia kawan sekolah cina adik aku. so papehal kitorang backup each other. bebudak lain selalu dengki sebab Yaya geng aku.
start sibuk dengan team "backdrop". asal ada event ja, mesti kena panggil hias pentas. berbakat rupanya aku ni. hihihi.. habis sekolah ja mesti dok telek barang-barang seni. melukis, design, menggunting, segala macam la. tapi aku suka walaupun penat =D
2004 - 2007
Aku aktif masa sekolah dulu. konon la kan..kena paksa train platun rumah sukan Kasturi (pn Zahariah sampai ugut taknak kasi full marks if aku tak train team. huhuhu. cikgu kecik tapi jiwa padu!). mana tak nya, aku sibuk dengan kawad kaki KRS, daerah dan training running lagi. masa ni takyah cakap la hitam dan bolat cana. haha. tapi enjoy. masa kawad siap makan lolipop and choki-choki, kena pumping reramai, test suara , nyanyi. best sangat.
Organized camping and Kem Kenaikan Pangkat untuk junior - aku rindu masa ni. lepak dengan Miza, Ada, Zafirah, Mun and adik-adik kitorang (Shahrul, Amirul, Ajrul, Dinesh, Ajim, Ika, Dina dan ramai lagi). aku ingat setiap muka korang. Ikatan, Kompas, Kawad, Agama, Masak, sumpah rindu !! lepak depan khemah sampai 3 pagi pastu kena halau masuk tidur, hihi..
Kem Tahunan sekolah - kena buli. haha. ni semua member aku jugak. bebudak sports. aku layankan je. sebab dah tau aktiviti dia. tapi pack gila, stress sat. nasib makan sedap @@
Partners in crime ever : Sham, Syamir, Din, Naqiu, Akmar, awin, Dila, Ain, Sue, Asilah, Haziq, Fira, Priya, Amoi, Qourin, Ain sepet, Preet.. masa ni yang best gi Frim Kepong, under Kelab Geografi. mandi sungai, redah hutan. semua sporting habis.
2003: Penolong Ketua Kelas
2003 - 2007 : Pengawas ( Biro Disiplin )
2006 - 2007: Incharge Backdrop team
2006 : Sarjan KRS
2007 : Naib Pengerusi KRS
zaman persekolahan dah habis, tapi kenangan tu sentiasa ada dan tak pernah padam..
2009 - and still counting
Siapa aku?
" Misiku Nabila", hehe.. Angah- actually Alang. inshaAllah, 2 beradik lagi tunggu kami kat Syurga :)
masih mencari siapa diri ni dan atas tujuan apa aku kat dunia ni. mungkin aku rasa ujian Allah kat aku, teruk sangat, tapi aku tau Allah takkan uji aku lebih dari kemampuan aku. dan, Allah simpan segalanya baik sekali. jika sesiapa tau, takkan ada yang berada kat sisi aku. namun, seperkara yang buat aku redha, sebab aku tau aku tak sempurna untuk meminta, memiliki apatah lagi berharap terhadap apa pun. dan aku yakin, di setiap kesusahan dan kesulitan, pasti ada cahaya yang bakal menerangi dikemudian hari. yang penting, aku kena kuat. inshaAllah..
self notes ",
sering, kita lupa
yang bahagia itu punya berbagai cara
melalui kata, tingkah dan rasa
perkara sekecil apa pun,
bisa membuah senyuman
membina impian
namun, usah dilupa
aturan Allah adalah sebaiknya
mungkin perih kau rasa
namun manis itu pasti kunjung buatmu
sab'r
p/s: reminder to myself, who knows one day i might lost my mind or what so ever. so i hope this will remind me all the good times i had before ^_^
No comments:
Post a Comment