^ daKwat TeraBur^

assalamualaikum dunia..
chewahh!! acah retis sangat. haha
aku duty malam nih. baru siapkan report SSI (surgical site infection). Jenuh pikiaq ayat. berbelit lidah nak tulis BI. whuu..
alhamdulillah, dah siap pun.
   lepas je cuti panjang hari tu, aku macam dah okay sikit (banyak kot). lupa dan abaikan apa yang tak perlu dan tak penting + buat apa yang aku nak dan boleh buat aku happy. dan paling penting, jadi diri sendiri. biar la nak fikir aku macam budak-budak ke apa, asalkan aku tak kacau hidup orang. seronok pulak, layan kartun, makan, tido, baca segala buku-buku tu, pastu lepak dengan family. ada masa je aku join aktiviti outdoor. tenang otak ha, takda nak fikir benda tak berfaedah.
   last week aku join team DELTA, buat aktiviti kat Lagong. Puas main "wall climbing" dan " flying fox". sampai kejung la tapak tangan. habis terkejut otot-otot aku. haha.. nasib esok tu cuti. puas tido!

Flying fox
ekin dengan cha. 
mula-mula je cha macam nak nangis. dapat je main, bukan main sengih. dapat la repeat 2x

Wall climbing
dorang tengah set up wall baru (the day before)
 
 

thanks to:
alip, cino, kerol, wan batik, a.chal kecik
ekin, wani, fyra, cha
senja melabuhkan sayap
matahari mula bersembunyi
sayup berlagu suara unggas
burung-burung berlari pulang
sang rembulan pula terbias indah

ah!
aku rindu sekali 
suasana desa itu
tanpa henti memanggilku
damai dan tenang
jauh dari segala hiruk-pikuk

ya..
aku tidak pernah jemu
mengingati setiap kenangan yang tercipta
sedari lahir dan membesar bersama kesayanganku
rumah agam itu adalah syurga
umpama idaman kisah dongengan
________________________________________________
Kisah disebuah perkampungan, di utara tanah air..
Tahun 1990 dan.. 

Siapa aku? Seorang budak yang dilahirkan di kampung, rumah kesayangan Tok dan Tokwan aku. Aku lahir di dapur, masa mak aku tolong Tok memasak di tengahari rembang. Dan bak kata mak aku, masa aku lahir, ditemani bunyi guruh yang tiba-tiba (tanpa tanda hujan). Pelik kan?
   Aku membesar bersama mereka termasuk Along dan Paksu. Disebabkan mak aku meniaga kat Kuala Lumpur dengan abah aku, jadi kami dijaga oleh mereka. Hidup aku ceria dan gembira walaupun tidak senang. Rumah Tok dikelilingi berbagai jenis tanaman. Dari jalan raya nak masuk ke rumah Tok, ada laluan dimana kiri dan kanan dipenuhi dengan pokok durian, ciku, dan langsat. Kawasan situ tanah lembab, jadi setiap kali hujan, ni tempat aku main lecak sambil rembat buah. hihi
Ada jugak bangsal kecik tempat menunggu sebelum jalan masuk tu. Dekat dengan parit tempat aku dok berkubang. hihi
   Sampai sahaja berdepan rumah Tok, sebelah kanan ada pokok manggis. Kat bawah ni, ada pangkin. Sebelah kiri pulak, tanah kosong. Ni tempat aku selalu tolong depa jemur buah pinang. Kadang dok cari uban Tok sambil bersembang. Dapatla upah 2 kupang. Layan view sambila kacip buah pinang, letak kapur, gulung dengan sireh. Sedap!
   Dan.. taraaaa!!! Tersergam indah, rumah kampung 2 tingkat (kayu semua). Depan rumah ada pangkin besaq. Tempat kami dok berkumpul petang-petang sambil layan "biskut mayat", makan ubi rebus cicah nyok dengan ayaq kopi. Bawah rumah, ada basikal tua kesayangan Tokwan dengan reban ayam. Banyak sungguh depa ni, lepastu sibuk ja dok hingaq. Nak dijadikan cerita, aku pernah kena ligan dengan Tokwan, sampai aku terjun tingkap rumah. Tinggi la jugak. haha.. Betul-betul kat tingkap tu, penuh pokok cabai dengan limau. Subur sungguh. Rumah kami ada kolah. MashaAllah, ayaq dia sejuk baq hang! Bercinta jugak aku nak mandi setiap hari. Dapoq kami kat tingkat atas, tapi ada ruang kebawah sikit. Luas! Hangpa boleh berkelah lagi tau :)
Belakang rumah, ada jamban. haa.. kena membuang kat luaq na. Disebabkan aku penakut, Paksu adalah peneman setia aku pegang pelita atau lampu ayam pi jamban. hehehe..
Yang seronoknya, ada pokok langsat, rambai, rambutan kat belakang rumah. Keliling rumah, penuh segala jenis pokok dan tumbuh-tumbuhan. Redup ja rasa.. Pantang hujan, mesti mandi hujan. Berlari main keliling rumah, pakat berlemuih habis. Aku pernah kena hurung dengan kerengga msa panjat pokok moktan. Tobat la sat, pastu kerabat lagi. hahah
   Pi sekolah, Tokwan hantaq dan ambik setiap hari. Masa tadika, ada satu gerai nasi lemak depan tu sedap sungguh. Nasi lemak daun pisang. Kalau cemuih makan makanan tadika, Cikgu Ah (pengetua sekolah kami), bagi kami pi beli. hihi.. Sekolah rendah pulak, sebelum masuk sekolah, mesti singgah kedai Pak Nan, pi pekena ayaq kopi curah dalam piring lepastu minum (ni Tokwan yang ajaq aku). Dah kenyang, ngam-ngam loceng sekolah bunyi, baru Tokwan hantaq aku depan pagar sekolah. Aku tak sekolah agama, sebab jauh ke pekan nun. rumah kami hulu banat. huhu..
   Petang ja, aku ikut Tokyang pi kebun. Kebun kena lintas sungai, dan dikelilingi sungai. Paling aku ingat, kami tangkap ikan, lepastu bakaq, makan fresh. Nikmat oi!
Dan dekat sungai tu jugak, bahana aku menyibuk ikut Paksu dengan kawan-kawan dia pi mandi sungai, sedap dok terjun tiruk dari jambatan (tinggi tau. ayaq dalam tapi jernih), kepala aku tersekat dalam lubang batang kayu masa dok seronok jadi ikan. haha.. jenuh depa nak keluarkan kepala aku. nasib ada lohong, boleh bernafas jugak. whuu.. balik ja Tok, Tokwan, Tokyang berleter kat aku. Mujoq tak lemas ja. Paksu kena marah. hahah
   Yang seronoknya, setiap kali waktu azan, beduk mesti bunyi. Masjid kat atas sana. Jenuh jugak nak jalan kaki. Tapi seronok sebab ramai, meriah ja.
   Malam pulak, rutin wajib pi jalan rumah Toklong pi mengaji. Aa Ba Ta.. Huwaa.. Toklong garang ! Aku tak khatam pun masa ni. hahah.. mengelat lebih. Balik mengaji, pi sakat orang lalu lalang. Nasib tak kena punggai ja. Nakal sungguh > <
   Masa raya, satu kampung aku, Along dengan kawan-kawan lain pi beraya. Dapatla sekupang dua (nilai yang sangat besar zaman ni). Dari pagi sampai ke petang, selagi tak senja, memang tak balik. Jarang pun dapat duit raya. Selalu kenyang makan ja. hihi..
   Kenangan kat sekolah tak banyak sangat sebab aku tak berapa pandai. Kuat makan ja sampai depa panggil aku " tong dram". Aku bambam.. whee.. Yang aku ingat, aku pernah masuk pertandingan menyanyi, pakai gaun.. haha, comel sungguh! Menang tau =D
   Kawan baik aku, dari tadika sampa la ni, Wani. Dia budak bijak walaupun sakit dari kecik. Baik dengan aku dan rajin melayan aku. Ada " birthmark" kat dagu, putih macam cina, tapi montel sikit.
Lagi seronok, sebab akak dengan abang-abang kat sekolah tu suka melayan aku. Sebab aku celoteh. Tapi paling sedih, masa hari terakhir aku, aku tak sempat pun cakap dengan kawan-kawan aku. Masa tu ada majlis sambutan apa ntah kat sekolah. Tiba-tiba keluarga aku dah datang suruh balik sebab nak pi KL dah. Sedihhhhhhhh :(
   La ni, walaupun rumah tu dah takda, kenangan tu tak pernah padam. Setiap benda aku ingat. Satu kampung tu aku dah tawaf. Dan aku harap, satu hari nanti, aku dapat buat rumah yang sama walaupun mungkin bukan tempat yang sama dan insan-insan kesayangan aku dah takda. Yang pasti, mereka dan kenangan tu sentiasa segar dalam ingatan dan hati aku. InshaAllah..

p/s: reminder to myself, who knows one day i might lost my mind or what so ever. so i hope this will remind me all the good times i had before ^_^
Biru awan di ufuk sana
Meneduhi sekalian makhluk
Diterangi gah sang mentari
Membias sentuhan kehangatan
Kicau burung dan unggas gemersik kedengaran
Menzahirkan senyuman di wajah mulus itu

Kosong dirasakan
Enteng pada pandangan
Yang tersembunyi tidak diketahui apatah lagi difahami

Hakikatnya
Rahmat Allah itu terlalu luas
Banyak tak terhitung
Sedikit pun tak mengharap belas darimu
Kasih-Nya tak berpenghujung

Pelihara diri sebaiknya
Manfaatkan segala kesempatan yang ada
Hingga detik nafas yang terakhir
Yakinlah Dia sentiasa menjagamu
Allah sayang kamu
Cuti-cuti Malaysia..

Tarikh: December 2017
Lokasi: Terengganu

Akhirnya, aku jejakkan kaki semula ke sini. Lepas banyak sangat benda yang jadi, aku rasa ni akan buat aku lupa segalanya (mungkin seketika, tapi ni yang terbaik)

Muka heksited nak gi pantai. Padahal depan rumah abah je

Yey! Dah sampai

Konon istana pasir, tapi lain yang jadi
 

tunggu sunset..
 

Subhanallah.. tenang sungguh rasa hati. Macam taknak balik je!

Deruan ombak menghempas pantai
Ditemani bayu laut
Kicau burung berlagu riang
Bawa aku jauh
Bebas dari segala belenggu ini

Alhamdulillah...rezeki tengok bulan mengambang dari pantai..
Kemana kita?
Hihi.. balik je duty malam, terus packing barang. Settle semua, gerak ke Terengganu. Hujan dan jammed sepanjang jalan. Tapi part paling best, stop makan ikan patin kat Temerloh. Sorang semangkuk. Sedap sangatttt :)
Sampai ganu lepas Asar. Bersihkan diri , makan. Lepas isyak gi tengok baby. Comel! Nama, Gulam khalid iskandar. Tidoq ja. Geram aku. Haha
I is "mak ngah".. hihi
Saat kau mencari kesempurnaan
Tersingkap pelbagai kelemahan
Saat kebahagiaan yang kau harapkan
Kesedihan hadir berpanjangan
Saat kau berpaut pada cinta manusia
Hanya kecewa yang menemani

Namun,
Ketika kau dambakan cinta Ilahi melebihi apa pun
Pasti hatimu mekar disulami bahagia
Ketika kau berdoa terus diberi kekuatan
Perlahan namun dapat kau tangkis segala halangan

Dan,
Ketika kau percaya pada Qada’ dan Qadar
inshaAllah
Tiada yang mampu menghalang aturan langkahmu

24 November 2017
Kemana kaki melangkah
Bilamana dirundung ujian
Hati lirih tanpa tangisan
Ditemani titis hujan
Memori hadir bersilih-ganti
Perlahan
Memujuk dan terus mencuba
Mengingati setiap kebaikan
Mengaburi sekelumit keburukan
Dan kini
Redha dengan segalanya
Menerima ketentuan-Nya
Jalan itu tampak mudah
Hakikatnya penuh berliku
Akur dengan kelemahan diri
Alpa selama ini
Bercambah dosa
Tiada apa yang dapat dipersembahkan
Lantas,
Layakkah diri mengharap kasih dan rahmat dari-Mu
Namun ya Allah
Tuntunlah aku menuju jalan-Mu
Berikanlah segenap kekuatan untuk aku menghadapi segalanya
Moga saat kelam dunia ini
Bibir mampu melafazkan kalimat syahadah
Cinta
mudah didapati namun sukar dimiliki
kerana keikhlasan itu jauh di lubuk hati
berbagai kelopak rasa
pantas jua membuat diri terleka
kadang tenggelam terus hanyut
namun saat aku mengerti Cinta sebenarnya
bukan ini yang aku harapkan
aku mencari cinta hakiki
iaitu cinta Ilahi
Kerana ianya tidak menyakitkan malah membahagiakan
Let me be in my own world
My dream, my hope, my love and all the memories
That’s all left, nothing else more.
Teman itu adalah pelengkap
bukan bererti yang lama atau baru
tetapi, 
bagaimana diri memberi impak pada seseorang
nampak tidak endah pada sikap
namun kata-katanya penuh hikmah
nampak miskin pada harta
namun sering ada saat memerlukan
nampak jelik pada pandangan
namun dia yang menghiburkan
jelasnya apa?
ianya adalah anugerah
yang punya beza pada tiap sesuatunya
namun kau akan menghargai semuanya
ketentuan Allah itu tidak pernah pincang
pertemuan tanpa diduga
singkat namun bermakna
masa merantai kita erat
berkongsi segala rasa, tawa dan kesedihan
kisah lucu, rancangan gila dan segala aktiviti
membuat kita kian selesa
ada kala bertingkah kata
namun tidak terkesan lama dihati
dan perpisahan itu
tak membataskan hubungan yang kembali bertaut
kini kita terus melangkah
melakar berbagai cerita
moga jua berkekalan
dan andaikata aku tidak terlihat di syurga
mohon kau cari aku ya
dan moga kita bertemu disana kelak
inshaAllah..
Sedih kan? kadang kita rasa benda-benda yang nyata lagi banyak kita luangkan masa.yang terlindung, kita tak rasa itu salah. yang dirasakan, hanya nikmat yang kita peroleh. kita lupa, sedetik masa pun takkan dapat dikembalikan. Bila makin berusia, rasa sia-sia. Apa yang kita dah buat selama hayat kita? Kita manfaatkan tak amanah Dia? Apa kebaikan atau bekalan yang dah sedia? atau hanya noda yang berterusan? Astagfirullah..kita khilaf. Tapi sampai bila? Takkan bila ajal dah menjemput baru nak sedar? Bangunlah..jangan terus lena. Berubah walau sedikit, meski perlahan. Abaikan kata manusia. Berbuat kebaikan meski kau merasa susah. Tanamkan niat dan berdoa agar diberi kekuatan. InshaAllah, kau mampu lakukan. Dia kan ada :)
hai !
disebabkan aku cuti (post night duty), maka aku menyibuk ikut trip mak aku. perjalanan kali ni, dekat je, kat Selangor. sampai-sampai je, kami disajikan dengan pemandangan sawah yang luas terbentang. dan yang paling seronok, chalet kami betul-betul tengah sawah :D

Hari - 1

 
ni la view dari depan chalet kami. lawa kan ?

sesi lawat kawasan 
  
 dua ketul adik aku.. hihi
 mak dengan Ecah

  kanak-kanak ribena
 
    
 

petang pulak hujan selebat alam.. maka plan nak pi sauk ikan kat bendang tergendala. jadi, aku menjadikan diri acah budak semula. mandi hujannnnn
  

Hari - 2
morning uolss!! 
bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju, minum kopi, tapi bukan pergi sekolah.
Subhanallah.. seronok sungguh bangun je terus nampak hijau semua. bukak je tingkap bilik, sawah depan mata.. whehuuuu