^ daKwat TeraBur^

assalamualaikum..

hai ^-^
apa khabar diri? makin sihat atau sebaliknya? 
aku? alhamdulillah, sihat selayaknya seperti selalu.. 
dah lama rasanya tak membelek apatah lagi menaip luahan minda dan hati disini. 
dalam pada aku bersedia ataupun tidak, banyak perkara dan keputusan yang perlu aku lakukan. mungkin ia bukan apa yang mahukan, tapi itu yang aku perlukan. 
Allah kan Maha Mengetahui.

pejam celik, sekejap ja masa tu berlalu. dan hari ni, dah Ramadhan ke-29 tau!
alhamdulillah.. lepas satu tempoh masa yang lama, akhirnya aku dapat jalani "the old" Ramadhan. 
walaupun tak dapat sentiasa terawih kat masjid (sebab on duty , plus kena curi-curi lari masa), tapi  Allah mudahkan urusan aku dalam pelbagai cara. kadang berat juga rasa nak layan penat, ngantuk. Allahu.. rasa nak putus asa pun ya ><
tapi nekad, dan doa supaya sentiasa istiqamah. insyaAllah, sikit ja lagi..
hurm.. hangpa rasa tak apa aku rasa? 
SEDIH "(
sebab? Ramadhan dah nak pergi. jauh.... nak jumpa pun kena tunggu lagi 11 bulan. yang mana, aku atau hang tak tau sempat atau ada peluang ka dak nak jumpa dia. tapi aku doakan, moga kita semua diberi kesempatan untuk bertemu lagi dan lagi dengan bulan mulia ni. dan aku harap, ni bukan penghujung, tapi ni jadi titik mula untuk kita berubah  lebih baik dan sentiasa istiqamah di jalan-Nya. aamiin..

nak tau tak? 
dalam banyak-banyak benda yang buat air mata aku ni murah sangat, Allah makbulkan doa aku yang satu ni.. aku dapat jumpa , peluk dan cium my only one and first hero in my life (after tu baru la adik aku yang 2 ketul and anak buah aku tu ha). 
lama.. lama sangat aku tak nampak senyuman tu, sentuhan tu. tak boleh nak describe. bilamana kau salam dia (dia pegang and put your hand at his face), kau sit on waiting for break fast (he put his hand on top of your head), and that face who looking at me (with no words and just smile).. allahu.. sebak, happy, ntah la! aku pun tak tau. tapi aku bersyukur sangat sebab Allah still bagi peluang dan kesempatan ni untuk aku.
thanks Allah ",

Ya Allah.. di bulan yang barakah ini, aku bermohon kepada-Mu,
Kau pelihara dan rahmatilah semua kesayanganku (ibu bapa, keluarga dan saudara-saudara seagama), dan sepertimana Kau campak rasa sayang antara kami, begitu juga Kau pelihara kami agar iman ini terus teguh untuk Mu ya Rabb..
Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Kau lindungilah saudara-saudara seagamaku dari ancaman yahudi, kau satukanlah kami di jalan-Mu. Berikanlah petunjuk serta taufik dan hidayah-Mu buat kami dan janganlah Kau bolak-balikkan hati kami setelah itu.
Ya Allah yang Maha Pengampun, 
ampunilah segala dosa dan khilaf kami, yang sekarang dan masa silam kami. berikan kami kesempatan untuk bertaubat kepada-Mu. jauhkanlah kami dari seksa azab api neraka-Mu dan matikanlah kami didalam husnul khatimah.

aamin.. 

No comments: