Assalamualaikum..
Hai diri ^_^
Dah lama menyepi kan.. berhabuk dah blog ni ha.. sibuk dengan rencah dunia yang takkan pernah habis. Pelbagai kisah tercoret lagi. Namun alhamdulillah.. perlahan, aku mula melepaskan satu persatu pergi. Belajar apa itu redha. Membuatkan aku lebih tenang , punya ruang sendiri, punya masa mencintai dan lebih menyayangi diri ini. Dan aku yakin, disebalik semua aturan Ilahi, pasti kelak ada hikmah tersembunyi. Sepertimana sakit itu penghapus dosa, perit menanggung, namun lebih pedih kiranya terus alpa. Diri kian dewasa, mungkin esok lusa atau sesaat maut menjemput tiba. Lalu, aku belajar menerima seadanya segala kekurangan mahupun kebaikan yang terlihat. Memandang segala perkara dari sudut positif, meskipun kerap permulaannya negatif.
Ya, aku masih berusaha menjadi hamba-Nya. Perlahan, namun aku harap tidak terlewat. Moga saja terus istiqamah dalam perjalanan terakhir ini. Moga saja keputusan aku kelak, dipermudahkan Allah. Disetiap doa dan sujud pada-Mu, ku titipkan doa ini. Kerna aku tau, Kau Maha Mendengar. Dan akan Kau berikan segalanya satu persatu pada waktu yang tepat.
" ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku. Ampunkanlah segala kekhilafan, keterlanjuran kata-kata, perbuatan serta pemikiran ini
ya Allah, peliharalah diri ini, berikanlah kebahagian zahir dan batin, serta kekuatan saat aku diuji tidak bertepi. fahamkanlah aku ilmu-Mu agar aku lebih memahami. Berikanlah kesempatan untuk aku bertaubat pada-Mu sebelum ajal menjemputku. Matikanlah aku dalam husnul khatimah, dan jauhkan aku dari seksa azab api neraka-Mu.
ya Allah, Kau peliharalah kedua ibu bapaku, kasihani mereka sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu kecil. Panjangkan umur keduanya.
ya Allah, Kau sembuhkanlah mereka yang sedang sakit, gembirakanlah mereka yang sedang berduka.
ya Allah, kau lindungilah ahli keluargaku, saudara-saudara seagamaku dari ancaman yahudi.tetapkanlah keimanan didalam hati kami , dan satukanlah kami dijalan-Mu."
Sesungguhnya, doa itu tiada hijab. Terus didengari Nya. Jangan pernah putus asa.
Allah.. tika diri kian sendirian dalam badai ini, aku tau tidak Kau jauh dariku. Sepertimana Kau menguji hamba Mu yang terdahulu. Tidak mungkin aku terlepas darinya. Namun semuanya sekadar kemampuanku. Engkau tidak zalim, malah menyayangi diri ini.
Diri, moga kau terus tabah. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment