^ daKwat TeraBur^

Assalammualaikum w.b.t
Hai cik hati! 
Awak sihat ke? Macam mana fasa perubahan awak? Mesti sukar kan..
yela, bukan mudah nak ubah tabiat kepada sesuatu yang lain. Takpe, awak boleh. Perlahan, tapi berterusan. Awak kena istiqamah. Nak berubah bukan boleh terus sempurna (dan tiada yang sempurna melainkan Allah).
 
   satu je.. awak kena kuat tau!? Sebab, lagi awak nak berubah, makin banyak halangan dan cabaran akan hadir. Dan lagi pula syaitan akan jauhkan awak dari landasan yang awak pilih. Tanamkan niat awak dengan betul, kerana Allah. inshaAllah, awak mampu hadapi semuanya. Ingat, ramai yang sayang dan sentiasa doakan awak (terutamanya mak abah dan adik beradik awak).

   Lagipun, awak ada 10 bulan je lagi. Dah tak lama.. lepasni, semua akan berubah. Yakin, Dia sentiasa ada. Dan perancangan Allah itu adalah terbaik untuk diri awak.
Seperti ayat ini “mungkin sesuatu yang kamu sukai itu, bukanlah yang terbaik buatmu. Sedang pula, Dia punya sesuatu yang lebih baik buatmu”. Jadi, awak kena cuba positif okay?

   Dan saya tau, awak sedang gundah-gulana. Keluarga awak ramai yang tak sihat sekarang ni. Awak jangn lemah ya. Awak kena kuat untuk mereka. Dan doa, semoga Allah ringankan dan kurangkan kesedihan serta kesakitan mereka. Sepertimana dalam doa-doa di sujud akhir awak,

“ Ya Allah, Kau lindungilah kedua ibu bapaku, ahli keluargaku, serta saudara-saudara seagamaku dari ancaman yahudi. Satukanlah kami di jalan-Mu, tetapkanlah keimanan dihati kami dan peliharalah kami didunia dan diakhirat. Amin ya Rabb..”

") road to Ramadhan..

No comments: