^ daKwat TeraBur^

Sering,
diri kabut dek syurga dunia
yang mana nyata sekali pinjaman semata.
Gelak tawa,
Sekadar ekspresi tidak bernyawa
Kaku dalam kecelaruan hati.
Bahagia,
Umpama impian berlantaikan angan
Tipis dibawa angin ke ufuk jingga.

Jalan itu lengang,
kosong pada lahiriah.
Namun saat kau sedar,
Dia tidak pernah lupa padamu,
Pasti hatimu mekar subur.
Kerna apa?
Kasih-sayangnya tiada bandingan
Selagi mana kau sujud dan berserah pada-Nya
Langit Ilahi takkan pernah berubah.
Ingatlah,
mudah untuk tergelincir ke neraka,
namun bukan mudah menapak ke syurga.

Apa ertinya hidup?
Jika diri tidak punya matlamat.
Kemana arah tuju jasad ini?
Andai jiwa jauh dari rahmat-Nya.

Menangis,
 bersama taubat atas dosamu.
Istiqamah,
tinggalkan jahiliyah ,
menuju ke hijrah.
InshaAllah..
Assalammualaikum w.b.t
Hai cik hati! 
Awak sihat ke? Macam mana fasa perubahan awak? Mesti sukar kan..
yela, bukan mudah nak ubah tabiat kepada sesuatu yang lain. Takpe, awak boleh. Perlahan, tapi berterusan. Awak kena istiqamah. Nak berubah bukan boleh terus sempurna (dan tiada yang sempurna melainkan Allah).
 
   satu je.. awak kena kuat tau!? Sebab, lagi awak nak berubah, makin banyak halangan dan cabaran akan hadir. Dan lagi pula syaitan akan jauhkan awak dari landasan yang awak pilih. Tanamkan niat awak dengan betul, kerana Allah. inshaAllah, awak mampu hadapi semuanya. Ingat, ramai yang sayang dan sentiasa doakan awak (terutamanya mak abah dan adik beradik awak).

   Lagipun, awak ada 10 bulan je lagi. Dah tak lama.. lepasni, semua akan berubah. Yakin, Dia sentiasa ada. Dan perancangan Allah itu adalah terbaik untuk diri awak.
Seperti ayat ini “mungkin sesuatu yang kamu sukai itu, bukanlah yang terbaik buatmu. Sedang pula, Dia punya sesuatu yang lebih baik buatmu”. Jadi, awak kena cuba positif okay?

   Dan saya tau, awak sedang gundah-gulana. Keluarga awak ramai yang tak sihat sekarang ni. Awak jangn lemah ya. Awak kena kuat untuk mereka. Dan doa, semoga Allah ringankan dan kurangkan kesedihan serta kesakitan mereka. Sepertimana dalam doa-doa di sujud akhir awak,

“ Ya Allah, Kau lindungilah kedua ibu bapaku, ahli keluargaku, serta saudara-saudara seagamaku dari ancaman yahudi. Satukanlah kami di jalan-Mu, tetapkanlah keimanan dihati kami dan peliharalah kami didunia dan diakhirat. Amin ya Rabb..”

") road to Ramadhan..
DeNai 3 Puteri

Date: 7 April 2018
Line up: Shah, Mirul, Husai, Ijam, Black, Wan, Meera, Syira, Nana, aku

Assalamualaikum..
Hai!!
post night duty. dan plan nak masuk hutan berjaya dilaksanakan. dari berapa orang, last minute ada yang cancel, jadinya ini jela yang ada. ramai la jugak kan? aku suruh sham angkut nana sekali. hihi..
called time 10pm kat BBS, tapi sebab jem dari shah alam, pastu gi amek syira, sham and nana, last2 lambat jugak. haha.. nasib la shah lagi lambat dari aku =P
sempat la aku dengan gegirls lepak mamak jap sementara dorang loading barang. ration pun dah sumbat dalam beg memasing.
shah bawak van sekolah, haha.. first time gi hiking naik van oiii.. dah macam rombongan cik kiah =D
elok pulak ada roadblock, nasib tak kena tahan je. kecoh semua. hahaha
masa kitorang sampai tu, wan dah tunggu kitorang kat sana (our guide). sibuk nak hidupkan stove, tapi kena yang pro jugak. baru la boleh. kalau tak, jenuh jugak nak angkut stove gabak shah. hikhik..
headlamp semua dah ready, ada yang pi sishi, and sebagainya. dah kumpul semua, baca doa, stretching done. so introduce diri gitu-gitu je (acah malu kunun..)
   on trek malam, boleh tahan la.. ada yang tersadung berapa kali, headlamp nyawa-nyawa ikan pun hado. haha..nasib la fikir ayam bakar, semangat la sikit nak teruskan. plus, walkie talkie tu tadah je kitorang merapu. teka teki, menyanyi, macam-macam lah!
aku pulak jadi tukang amek gambo. view lawa kot! haha.. dorang pun layankan je. makanya, masa nak sampai ke peak tu jadi lama.. sebab asyik benti and bergambar..
   sampai kat peak, Subhanallah.. cantik > <
lampu banyakkkkkk. macam raya dah aku rasa. tapi sebab aku gayat, tak la nak ke hujung bukit nun. hihi.. wan bawak kitorang ke port nak khemah. memasing dah tau tugas, laju je. ada yang pasang khemah, hammock, bentang ground. sesi BBQ pun bermula. haha.. aku memang lapar dah. buat milo panas  + masak megi sementara tunggu ayam masak 
(eh! sutun  pun ada tau). cicah bun dengan milo panas (perghhhhh.. nikmat gilos)
    sementara dorang bakar-bakar tu, ada yang tido, layan jiwa.. aku layan view jela. pastu dok kacau dorang. haha.. tau apa yang best?? ada wayang free seyh! si bebudak laki ni buat layar perak (cita apa ntah. tapi awek lawa. haha)
    siap semua, baru la kejutkan sham dengan nana, lepak reramai makan sambil borak. dah si shah dengan sham berebut peha ayam.. sabar jela.. (mimpi la  kau shah nak dapat peha tu..)

let's enjoy the moment ^_^

#selfiesikit

#allthewayinthejungle

 
 
 

#BBQ
 
 

#makandanmakan
 

#layan view lepas BBQ
 

@@aku gayat sebenarnya.. huuuuu
                    

sipi-sipi je kat ha...
 
 

acah comel je...
            

sham baru nak bergambar. puas dah tidoq. haha (penat gamaknya firstime hiking..)
  
  

BudDies

ni masa nak turun ke bawah dah. sebab dah cerah kan, so banyak la gambar. hehe..

** sebab tak daya dah nak memanjat, aku ambil gambar kat bawah je**

Our Girls~
shah gagah jugak nak panjat

ijam acah macho! haha


elok je sampai bawah, terus cari tempat duduk. haha..penat pun, sempat lagi amek gambar.
 

Group photo ")
 

okay last!
singgah makan kat " Warong Kita"