Dunia ini sementara cuma
Tak seindah yang terlihat
Antara leka dan hanyut
Atau
Sedar dan terus bangkit
Kau yang memilih
Mereka bisa menuding jari
Membisik kata apatah lagi melakukannya
Tapi terserah kau
Inginmu kearah apa
Menuju kehancuran yang menyedihkan
Atau
Menggapai kebahagiaan yang mendamaikan
Peluang itu sentiasa ada
Selama mana kau berharap
Sekuat mana kau mahu berubah
Selagi kau yakin adanya Dia
Kerana
Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang
Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui
Dia tidak membebanimu melebihi kemampuanmu
Dia tahu selayaknya dan yang terbaik buatmu..
No comments:
Post a Comment