^ daKwat TeraBur^


buat mereka yang sedang diuji,
moga diberikan segenap kekuatan.
buat mereka yang sedang berduka,
akan terukir senyuman diwajahmu kelak.
buat mereka yang bergelar hamba,
sebarkan sebanyak mungkin kebaikan,
dan hindari perkara yang melalaikanmu.
dan walau apa yang sedang kalian lalui,
percayalah,
Allah sayang kalian.
assalamualaikum diri..
rindunya nak menaip. dah lama sangat tak menulis. hukhuk..
hurm.. banyak benda jadi kebelakangan ni. baik dan buruk, keduanya punya hikmah. dan tau tak? aku makin tenang dan redha. alhamdulillah. kadang tu rasa hati ni berbolak-balik jugak. sebak, sedih, ketawa, gembira, semua bercampur aduk. tapi tu semua buat aku lagi kuat. satu yang aku sentiasa ingat, biar buruk mana orang layan kita, jangan balas benda yang sama. sebab nanti takda beza kau dengan dia. ikhlaskan segalanya, terima kekurangan dan kelebihan setiap insan sekeliling kau. ingat, takda yang sempurna melainkan Dia. bila kau nak berubah, nak "move on", akan ada terlalu banyak halangan yang nyata ataupun tak. dan diri, kena selalu ingatkan untuk sabar dan istiqamah.

alhamdulillah, aku lulus temuduga tu. insyaAllah, ada rezeki, aku dapat la. kalau tak, mesti Allah dah aturkan yang lebih baik untuk aku. jangan pernah putus asa!
dan sekarang, tengah kira detik nak pergi misi kemanusiaan. pertama kali nak fly, nak pergi jauh, dan paling penting, nak tolong apa yang aku mampu. mungkin bukan dari segi wang ringgit dan harta, tapi sekadar ilmu dan apa yang aku ada. insyaAllah, dipermudahkan ",
risau.. sebab aku paling "newbie". tapi, benda ni akan jadi pengalaman baru dan siapa tahu, boleh sedarkan dan buka mata aku tentang banyak perkara. ingat, walau sekecil mana kebaikan dan pertolongan yang kita bagi, mungkin besar maknanya pada yang menerima. jadi, lakukan sebaik mungkin.

aku gembira sangatttt.. sebab ramai kawan-kawan aku dah kahwin, dapat baby, nak kahwin, tunang .. hee.. banyak betul anak-anak buah aku. cikwa is happy > <
aku doakan korang semua bahagia sentiasa. insyaAllah, amin..
Gunung Gap & Ulu Semangkuk
"""""""""""""""""""""""""""""""
Tarikh: 23 September 2018
Pax: 28

Hai!
kata orang, benda last minit selalunya akan jadi moment paling indah. yup. aku setuju. dan tak menyesal korbankan masa tidur aku untuk pergi ke tempat yang sangat menenangkan. 
RINDUUUUUU... bau hutan, suasana, bunyi unggas + cengkerik. semualah.

 

Ulu Tranum
 

Gunup Gap
  

dan akhirnya...
sampai pun puncak.. yihaaaa...
sejuk baq hang... paling syok kakak dan abang@ ni buat teh 'o' panas + cucur badak. layannn
aku sempat lena sat (pewai sebab keja malam). tak peduli dah depa pakat dok ambik gambaq.

Ulu semangkuk

awan karpet
~kisah sepohon pokok, sebatang dahan, seketul batu
view paling cantik, paling gayat, lutut ketaq. tapi puas hati 
 
 masa ni tetiba kaki cramp. perit oi. nak nangis rasa = = 

partner in crime, geng kuat makan, suka menyakat, kuat gelak
#pewaiitupasti

 
time ni angin kuat!! sue jadi penghadang dari aku ditiup angin > <

yey! masa ni dah turun peak. lutut semua nak tercabut dah. rasa nak seret kaki ja. tapi still seronok nak ambik gambar. tenkiu syed ",
jambatan berdepan banglo tinggal. syok jalan, plup! reput ooi. nasib tak kebawah..
 

antara keindahan ciptaan-Nya..
 
Venue: Dewan Melati, Putrajaya
Event: 3rd National Pain free Conference
Date: 5&6th September 2018

alhamdulillah..
awal pagi lagi dah gerak ke putrajaya. mengantuk lahai.. dah la jem. sarapan pagi dulu kat mamak, baru pergi tempat conference. dan krik..krik.. aku sorang pakai girls with sneakers. bak kata Amoi "i've never seen my malay friends like you. really different and u looks confident. plus, like budak asrama pergi outing". aku ? sengih jela.. hahaha..

banyak topik baru aku belajar. dan ada penambahbaikan dalam "pain score". nurses 3 orang je. lain semua doktor, pharmacist, physiotherapist. dah la kitorang je paling muda. hukhuk..
nasib la makanan semua sedap (perut paling penting kena jaga). ada few topics yang penceramah syok sendiri. makanya, mulut aku asyik mengunyah lah.. ramai yang tidoq tau.

apa pun, ni pengalaman dan ilmu baru untuk aku. akan dikongsikan dengan staffs nanti.
tenkiu korang2 sebab rajin layan aku makan, merapu, mengusik, ketawa and mengantuk. 
luv uols to the moon. 

",)

Bilamana semua impianmu menjauh
Usah kau putus asa
Bilamana ujian mendatangi tanpa jemu
Usah kau berhenti bersyukur
Bilamana kesayanganmu kian menghilang
Usah kau hanyut dalam kedukaan
Kerana,
segalanya atas aturan Ilahi
Tidak sedetik lambat mahupun cepat
Usah kau jauh dari jalan-Nya
Usah kau lelah andai keseorangan
Moga imanmu kian utuh
Mencari redha Allah

Assalamualaikum..
Hai diri ^_^
Dah lama menyepi kan.. berhabuk dah blog ni ha.. sibuk dengan rencah dunia yang takkan pernah habis. Pelbagai kisah tercoret lagi. Namun alhamdulillah.. perlahan, aku mula melepaskan  satu persatu pergi. Belajar apa itu redha. Membuatkan aku lebih tenang , punya ruang sendiri, punya masa mencintai dan lebih menyayangi diri ini. Dan aku yakin, disebalik semua aturan Ilahi, pasti kelak ada hikmah tersembunyi. Sepertimana sakit itu penghapus dosa, perit menanggung, namun lebih pedih kiranya terus alpa. Diri kian dewasa, mungkin esok lusa atau sesaat maut menjemput tiba. Lalu, aku belajar menerima seadanya segala kekurangan mahupun kebaikan yang terlihat. Memandang segala perkara dari sudut positif, meskipun kerap permulaannya negatif.
Ya, aku masih berusaha menjadi hamba-Nya. Perlahan, namun aku harap tidak terlewat. Moga saja terus istiqamah dalam perjalanan terakhir ini. Moga saja keputusan aku kelak, dipermudahkan Allah. Disetiap doa dan sujud pada-Mu, ku titipkan doa ini. Kerna aku tau, Kau Maha Mendengar. Dan akan Kau berikan segalanya satu persatu pada waktu yang tepat.

" ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku. Ampunkanlah segala kekhilafan, keterlanjuran kata-kata, perbuatan serta pemikiran ini
ya Allah, peliharalah diri ini, berikanlah kebahagian zahir dan batin, serta kekuatan saat aku diuji tidak bertepi. fahamkanlah aku ilmu-Mu agar aku lebih memahami. Berikanlah kesempatan untuk aku bertaubat pada-Mu sebelum ajal menjemputku. Matikanlah aku dalam husnul khatimah, dan jauhkan aku dari seksa azab api neraka-Mu.
ya Allah, Kau peliharalah kedua ibu bapaku, kasihani mereka sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu kecil. Panjangkan umur keduanya.
ya Allah, Kau sembuhkanlah mereka yang sedang sakit, gembirakanlah mereka yang sedang berduka.
ya Allah, kau lindungilah ahli keluargaku, saudara-saudara seagamaku dari ancaman yahudi.tetapkanlah keimanan didalam hati kami , dan satukanlah kami dijalan-Mu."

Sesungguhnya, doa itu tiada hijab. Terus didengari Nya. Jangan pernah putus asa.

Allah.. tika diri kian sendirian dalam badai ini, aku tau tidak Kau jauh dariku. Sepertimana Kau menguji hamba Mu yang terdahulu. Tidak mungkin aku terlepas darinya. Namun semuanya sekadar kemampuanku. Engkau tidak zalim, malah menyayangi diri ini.

Diri, moga kau terus tabah. InsyaAllah.

Menelusuri lembah sepi itu
Berterbangan kisah disapa angin
Caknakah kita pada hidup ini
Atau sekadar menoleh, singgah dan berlalu pergi

Sering kita lupa dan terleka 
Kian jauh dari jalan-Nya
Zahirnya terlihat indah
Namun terpalit di lubuk hati
Rasa gundah diapit duka

Sedarkah kita
kasih dan rahmat-Nya tidak terhitung
Tidak meminta bahkan Dia lah memberi
Selagi mana kita yakin dan berharap
Selama itu pintu taubat terbuka luas
Terhenti saat nafas tidak terhela lagi
Life is a journey
Everyone's owned their part
As He prepare it from the moment 
Now,
You may be sad or disappointed
Tested endlessly
Betrayed and forgotten
But in the end of the day,
All this tears and pain will gone
You will be thankful
How blessed you're
With His love and رحمة
Melata menuju abadi 
Dihujani bilah halus tajam berderu 
Melorek warna dinding itu 
Berharap sedetik cuma 
Andai punya sepicing ruang 
Berteduh pada pohon kasih-Mu 
Kirim akan rahmat-Mu 
Beri kekuatan agar terus tabah 
Teguhkan iman agar mekar mewangi 
Moga merasa manisnya syurgawi
Tika diri dijemput Ilahi
Menelusuri lembah sepi itu
Berterbangan kisah disapa angin
Caknakah kita pada hidup ini
Atau sekadar menoleh, singgah dan berlalu pergi

Sering kita lupa dan terleka
Kian jauh dari jalan-Nya
Zahirnya terlihat indah
Namun terpalit di lubuk hati
Rasa gundah diapit duka

Sedarkah kita kasih dan rahmat-Nya tidak terhitung
Tidak meminta bahkan Dia lah memberi
Selagi mana kita yakin dan berharap
Selama itu pintu taubat terbuka luas
Terhenti saat nafas tidak terhela lagi
Bilamana
Takdir tidak menyebelahimu
Usah disalahkan yang telah berlaku

Mungkin
Ianya hanya persinggahan
Berpamitan dan berlalu pergi
Tinggalkan sekelumit rasa di sanubari
Bersama kotak memori itu 

Yakin
Ketentuan dari Ilahi
Tidak pernah pincang
Hanya menunggu masa yang tepat
Untuk terukir senyuman diwajahmu

A day before night duty.. can't sleep for a few days. My insomnia is back! So what I can do? Cleaning up my room, change my table and bed. After a long time, it's just much better and have more space.
Furthermore.. I didn't have anyone phones number. I'd change my phone. It's quite cool. Like everything is new , no friends. Just my family :)
And self.. let's fight for the last! Don't let yourself too fragile. you gonna be alright. Low immune doesn't mean you are weak. It's just, you need to be more careful and strong. Chaiyok!!
^^, Hugs
 
2011 (graduation day @ dip in nursing)

 
missed this cheeks °°

Hai!
Ni kawan baik merangkap sahabat@penpall aku. Kami kawan dan kenal sejak umur 6 tahun (masa aku kat tadika). Mak dia cikgu. Hihi.  Lepas aku pindah KL, lost contact jugak. Puas try and error no fon rumah dia, baru dapat ha. Disebabkan dia dok asrama, dan aku pulak takda fon, kami utus surat ja masa tu (aku simpan lagi semua). Dan alhamdulillah, masih kekal bersahabat sampai sekarang, inshaAllah selamanya. Walaupun jarang bersua, aku doa hang sihat dan dalam lindungan Allah sentiasa.

Kenangan kita sentiasa dihati

Jonah tahap cipan >-<
Penat , lapar, dahaga, lesu.. semua ada. Rasa nak nangis pun ya. Huuu
Jumpa makanan pun dah malam buta. Tahan je hypo n gastric. Nak senyum pun rasa , ya Allah.. bila nak habis ni.
Tapi , rasa puas bila pesakit makin sihat. Tak macam mula2 admit.
Dan dapat gelaran "misi manis".
Haha.. padahal maraton satu hospital dah. Naik turun tangga sana sini, tolak hantar pesakit atas bawah. Prosedur melambak. Darah dengan branula lagi. Tapi, tetap senyum walau rasa tunggu nak pitam ja.
niat nak gi jumpa pakar pun terlupa camtu ja. Tahan sakit sesorang. Amek kau! Hee
Nanti2 lah. I'm gonna be fine :)
Hugs'^_^
Ya Allah..
Penatnya rasa >_<
Minda, badan semua lesu dah. Berapa hari dah niiii.. hurmmmm, janganlah weak sangat! Don't stress out too much. You're not well like others. So please, do love and care yourself more.
Really need my "me time". Be at nowhere, just a place that I can clear up my mind and forget everything.

What I've learned,
Be like an Eagle
~ dare to change when you need to make a difficult decision , either death or life.
~ pass doesn't put you down, it's just a chapter that will strengthen you.
~ hurting yourself won't cut negativity on you.
~ have faith in your heart

💗💗💗
Hidup ini cabang berliku
Sebelum disapa pengakhiran
Usahakan sebaiknya
Bagaikan esok tidak ketemu lagi

Waima sendiri dalam perjuangan
Teruslah tersenyum
Biaskan cahya kebahagiaan dan kedamaian
Agar bisa tercipta kenangan

Biar kosong dimata manusia
Jangan tandus dari rahmat-Nya
Biar sepi tanpa cinta dunia
Jangan jauh dari cinta Ilahi  

Assalamualaikum
Hai! ^_^

Lama tak jenguk blog. Berhabuk dah rasanya. Hihihi.. 
Sibuk kerja, banyak kes, assignment, course, dan banyak jugak benda yang berlaku. Makanya, tak sempat la nak update. 

Apa pun, alhamdulillah.. genap 28 tahun dah :)
» Moga diri dipanjangkan umur
» Diberikan kesihatan yang baik
» Diberkati Allah dunia akhirat
» Diberikan kebahagiaan zahir dan dan batin
» Diberikan kekuatan untuk melalui segala ujian-Nya

Apa yang aku belajar, 
Tak mudah nak berlaku jujur, walaupun dalam sekecil perkara. Dan kau perlukan kekuatan untuk setiap apa kau buat. Perkara lalu buat kau lebih berhati-hati dan sukar mempercayai orang lain. Lagi perit, bila kau buat keputusan yang lukakan hati kau sendiri. Berlagak macam kau kuat, tapi akhirnya tangisan jadi teman kau. Mungkin mudah pada orang yang berkata, tapi tidak pada yang melaluinya. Nak bangkit dari memori lama, nak sapu luka kat parut tu, bertatih mungkin. Kau cuba walaupun perlahan. Usah hirau berapa keringat dan air mata yang jatuh. Paling penting, perlu kau tekad. Jangan ulang lagi salah kau, jangan mudah percaya walaupun orang yang paling rapat dengan kau, protect diri kau walaupun nyawa jadi galang ganti, dan ingat.. jangan jadi lurus sangat. Takda orang nak jaga kau kalau bukan diri kau sendiri. 
Ujian ni atas dosa-dosa yang pernah atau kau tak sedar kau lakukan. Perit kau rasa, tapi lagi pedih dan takut andai hati kau mati dari cinta-Nya. 
Diri, moga kau tabah :D

[ hamisatul zofirah binti zafran, 1999-2003 ]
Buat sahabat yang sentiasa dirindui,
terima kasih sebab ceriakan hari-hari aku. Teman zaman kecil aku. Selalu jadi "partner in crime" , layan aku yang kuat makan, "boyish" , dan garang macam singa ni. Hikhik.. aku takkan lupa semua memori kita (kecuali Allah berkehendak). Senyum + wajah comel kau, dan redup mata kau.
Maaf.. sebab baru sekarang aku jumpa kau. Lama sangat, baru Allah izinkan.

Sahabat, ni untuk kau  ^_^

Telah lama kunanti
Dari saat kau pergi dari sisi
Doaku tidak pernah putus
agar kita ditemukan semula
Meski tidak dapat kudakap tubuhmu
Apa lagi mendengar celoteh dan tawamu
Namun cukup andaiku tau dimana letakmu

Alhamdulillah
Hadiah dihari kelahiranku 
Syawal mulia ini
Setelah 15 tahun ku hitung
Akhirnya kau kutemui

Tiada kata dapatku ungkap
Meski terlalu banyak untuk dibicarakan
Saat melihat tempat persemadianmu
Senyuman penuh kerinduan kuhadiahkan
Bacaan kalam indah buatmu
Sebak tika segalanya terimbau kembali
Allahu...aku rindu kau sahabat

Aku tau kau tenang disana
Sedamai wajah polosmu
Moga kau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman
Moga syurga milikmu kelak
Dan moga kita bersua disana nanti
Aku sayang kau sahabat

Pena comot,
16-17 jun 2018

Terasa.. Kadang kau fikir dah cukup jaga perasaan orang. Kau gembirakan orang sehabis daya. Tak nampak pun sedih kau, apatah lagi luka yang kau simpan. Tapi orang tak peduli semua tu. Yang orang nampak, kekurangan dan keburukkan kau. Satu kesilapan, tertutup segala kebaikan kau. Lumrah manusia, kau takkan mampu puaskan semua orang. Apa kau boleh buat? Senyum dan bersangka baik. Lakukan semampu kau. Biar Dia yang tahu isi hati kau