Cinta itu unik
Yang dipinta seringkali meninggalkan
Yang ditunggu kerap pula hilang
Kadang diri akur
Mungkin kerana terlalu alpa
Ralit mengejar cinta manusia
Sedangkan cinta yang hakiki kian menjauh
Walhal itu yang utama
Lalu cinta itu apa
Saat kau terus berdoa dan berharap
Moga Allah jaga dia untuk kau
Moga hati itu tetap utuh
Kerna apa
Doa itu terus tercatat di langit
Sedang pula hati manusia mudah berbolak-balik
Moga saja sentiasa sedia
Menerima cinta antara dua
dengan manusia mahupun ajal
Kerana cinta itu wujud
No comments:
Post a Comment