Gunung Nuang
Tarikh: 17 & 18 October 2017
Location: Selangor
Line up: alip, kerol, cinO, chal kecik, ajOi, ekin, wa, wani, laila, abg Ijan, pa'an
Target: Tunaikan impian dan hajat "Cikgu Wani ke puncak Nuang"
Info
Gunung Nuang merupakan puncak tertinggi di Selangor, dengan ketinggian 1498m. Memiliki dua laluan pendakian iaitu melalui Janda Baik, Pahang dan Pangsun, Hulu Langat.
-------------------------------------------------------------------------------------
Hye :)
plan punya plan, last minit cancel pun ya, sampai merajuk la cikgu. finally, jadi jugak nak ke Nuang.
lepak makan dulu kat Selayang, pastu gi beli barang.
da siap semua, kitorang gerak kesana. konvoi 2 kereta (aku,ekin,kerol,ajoi,abg chal naik "cik putih"), (alip,cino,pa'an satu kereta). Cikgu, laila and Abg Ijan dah rempit kesana. kitorang sampai dalam jam 11pm kat Hutan Lipur Nuang. sampai je, devide ration suma, sumbat dalam beg. tapi takleh lawan beg Alip la (tanker sador). haha
simple briefing done by our guide, Alip. pastu stretching by Ajoi. semua excited dah ni. whihuu
dalam jam 1130pm kami bergerak, totally berbekalkan "torchlight" dan "headlamp" masing-masing.
kalau yang tak tahan sejuk, pakai sweater. tapi kejap je confirm dah panas (peluh sejuk. hihihi..).
dari parking area, nak menuju ke pintu masuk trek Nuang tu lebih kurang 5km la kena menapak.
Masha Allah, trek balak ni boleh tahan jauh dia. penat lahai. nasibla malam tu banyak bintang (apa ntah nama Cino cakap. aku lupa dah. huhu..), angin pun sepoi-sepoi..nyaman je rasa..
Sepanjang perjalanan , korang akan jumpa 6 pondok rehat (kami berhenti kat setiap pondok).
ada signboard dan peta. tapi boleh confuse sebab ada pokok tumbang dan trek tak berapa nampak.
ni korang akan jumpa kat pondok ke-6
( sebelum nak start river crossing )
Kem Lolo
dari denai hutan,korang akan lintas 5 batang sungai untuk sampai ke Kem Lolo (dalam 20-40minit).
masa kami sampai ke Kem Lolo (antara base camp yang ada), ada lebih kurang 5 group yang camping. yang best nya, sini ada sungai dan mini air terjun. memang sesuai la sangat la. senang nak mandi, solat or masak. kitorang gantung "hammcok" je tepi sungai tu (layan view, bunyi sungai and segala menatang dalam tu)
sampai je, kitorang terus masak. lapar benor memasing. mana yang penat, bantai tido dulu. aku cangok je ha takleh lelap (krik..krik..)
tekun masing-masing =P
Kem Pacat
pagi tu, lepas siapkan bekal untuk ke puncak, kami teruskan perjalanan lead by Alip. tapi yang join last-last 8 orang je, lagi 3 ketul stay kat camp site. masa ni, trek memang panjang dan menaik, takda landai dah (tak kasi chance langsung). masa diambil dalam 1-2 jam perjalanan.
tapi, yang best nya, ada rambut " Rapunzel"
Puncak Pengasih
lepas je rest dalam 20minit, kami teruskan perjalanan ke Puncak Pengasih.
trek ni memang nak menangis. kalah "Rock climbing". trek berbatu 45 degree. lepas satu, satu, tapi still tak sampai. asal jumpa orang ja, semua cakap lagi sikit. tipuuuu.... tang ni memang "pewai ". fikir air sirap ja nih! kihkih..
nasib la banyak jajan dalam beg. hahaha.. asal penat stop and makan. whee
kat sini ada satu laluan ke arah mercu tanda sempadan antara 3 negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. tapi kitorang tak pergi pun. ambil gambar kat signage lepas tu terus je jalan.hehe
masa perjalanan 30minit - 1jam.
berkasih-sayang la nak sampai sini. sampai rasa putus kasih dah! haha
abg Ijan dengan Ekin semangat nak gi jumpa tupai. huhu
Puncak Gunung Nuang
and.. finally, sampai jugak kat puncak. Tahniah korang!
Group photo