Gadis
Sempurna
sungguh ciptaan Ilahi
Lembutmu
ada tegasnya
Manjamu
ada lenggoknya
Jiwamu
mampat
Menampung
segala ujian-Nya
Bukan
mudah kau tunduk beralah
Bukan
lemah jika tangismu meledak
Yakin
dengan dirimu
Kerana Allah tak pernah jauh darimu
Kerana Allah tak pernah jauh darimu
No comments:
Post a Comment